setelah lama tak menulis (chewahh.. mcm lah korang kisah) abam kembali menyemakkan blog dengan entri terbaru. tak lah baru. awal bulan lepas. tapi kira best lah jugak utk share, sebab hanya 20 jemputan/team sahaja terpilih. team lain geng2 media. total ada 40 team.
sedey x dpt bawak family sbb kalu semua ikut mmg agak memenatkan sebab kena ikut timing.
Abam dapat join PETRON Fuel Happy Road Trip Penang pada 5 & 6 September 2015 yang lepas. Bermalam di Penang then balik semula. Pangok (penat giler), tapi best sebab event ni ikut konvoi, dengan escort dari Shah Alam sampai lah ke Penang. Pengalaman baru la.
Tak penah lagi join konvoi mana2. konvoi gi umah org kawen tu lain..
Semua tanggung. sape takmo kan?
Pagi tu berkumpul kat PETRON Shah Alam (Batu 3) sebelum diaorg bagi Kad Smiles dan TnG (preloaded) untuk digunakan semasa acara ni. Kena isi minyak PETRON siap2 sebelum berlepas.
Ada tugasan juga sepanjang jalan ni. 1st task kena selfie kat FB dan dapatkan most 'like'. Ok abg skip. Dengan pengontes2 tegar turut serta dlm trip ni, abaikan je lah.
Selepas pelepasan rasmi, bermulalah trip kitaorg. Rata2 ramai x biasa konvoi, tp dpt gak catch-up setelah kena 'paksa' dengan abam2 polis yang ikut serta. Dan bukan kete sedan je join. Siap ada bmw, mercedes.. mmg laju sungguh.
Pit stop tak banyak. Straight dari Shah Alam kitaorg berhenti di Kellie's Castle, kat sini ada instagram contest. so ada hadiah utk tugasan ni jugak. Kira team abam target utk ni. siap bawak belon warna warni. usaha tu. punya kusyuk amik gmbr mujur tak kena tinggal dengan konvoi.
Alah macam dia sorang je penah guna TnG :P (tp ni limited edition punye woo..) |
Syok sendiri :P |
gambar kemenangan bagi contest Instagram |
Then dlm sejam gitu, proceed untuk lunch kat Indulgence. walaupun buffet tp ini kira fine dining nih. makanan dia western style. Kenyang perut suka hati.. aiseh camne ni dah mengantuk.. huhu..
Then barulah ke Penang. Cuaca berhujan dan perjalanan kami sedikit perlahan. Berhenti jap kat PETRON Gunung Semanggol utk refuel. Minyak dia bagi adalah Petron Blaze 97 Euro-4M. Tapi mmg terasa lah Zoom-nyer kalu korang guna. rege dia lah mahal sket. Tp kalu abam guna selalu ni mmg mantop kete. Mencanak perginya.
Tp mungkin poket abam takkan setuju.
Time kasih sbb jaga kitaorg tak kira cuaca |
Dalam kul 5 sampai ke G-Hotel Kelawai @ Georgetown. Hotel baru yang mmg sempoi. selesa ya amat! Tetap teringat kat anak2. sure diaorg teruja dapat dok hotel best camni. :)
Takpelah next trip datang sini utk family holiday. 3H2M.. haa..
Sebelum check in kena lah teka nombor kombinasi utk menang hadiah misteri. Abam x dapat. sad. Sepanjang perjalanan diaorg ada bagi kad dengan 1 nombor kombinasi. Kira sampai penang dpt lah 4 nombor gitu. Xpelah. yang penting nak rehat dan makan.
Ok. Malam tu acara penyampaian hadiah dan makan malam. Team kitaorg dapat no. 3 utk contest Instagram. Alhamdulillah. dpt lah point Smiles utk tukar kan ke minyak dan guna dalam sebulan 2 gitu. Rakan2 pengontes tegar mmg menang besar. silap besar abam tak team mate ngan diaorg.. haha.. gambar2 yg masuk contest insta mmg ohsome! korang leh tengok kat insta Petron Malaysia @petron_malaysia
Retis : aryklangit & nurfatima (sony malaysia) |
Paginya (6 Sept) mmg target ke Bukit bendera. Biasalah buat stok gmbr dan projek2 yg sepatutnya. Superb pemandangan waktu pagi kat sini. Subhanallah.. Tiket pun murah. Lain rege dia kalu naik sblm kul 9 pagi.
Once turun proceed terus ke Petron Juru utk refuel, sblm layan Nasi Kandaq Pelita kat Juru. So trip percuma sampai sini je lah.
Perjalanan balik agak lancar, dan pengalaman memang best dan tidak akan dilupakan. Happy!
Happy! |
No comments :
Post a Comment