Yeo Hiap Seng (Malaysia)
Berhad (“Yeo’s”), syarikat peneraju
minuman dan makanan telah mengambil langkah inisiatif untuk warga Malaysia
dengan mengadakan kempen kesedaran tentang pentingnya penjagaan makanan dan
aktiviti sukan dan beriadah, langkah ini diambil berdasarkan peningkatan kadar
obesiti di Malaysia yang kian membimbangkan. Dengan itu, Yeo’s melancarkan
kempen #SayaSihat bersama #YeosMalaysia yang bersesuaian dengan produk-produk
keluaran Yeo’s yang mementingkan kualiti dan penuh nutrisi.
“Yeo’s adalah produk minuman yang sinonim dan telah
di kenali sejak dahulu lagi mempunyai kualiti yang sangat tinggi , Kerana ia
kurang gula dan juga tidak mengandungi pengawet, antara yang disyorkan adalah
Yeo’s Teh Hijau Jasmine kerana teh hijau baik untuk sistem pembakaran lemak dan
mempunyai antioksidan. Manakala soya pula bagus untuk mengekalkan tenaga pada
tubuh kita kerana sumber proteinnya”, Kata Ong
Chay Seng selaku Naib Presiden Kumpulan – Yeo’s Malaysia & Indonesia.
Sertai Kontes Instagram yang menawarkan pelbagai hadiah!
Jom sertai kempen #SayaSihat yang telah bermula sejak 13 Februari dan
berakhir pada 23 April dan terbuka kepada seluruh warga Malaysia.
Cara-cara penyertaan pertandingan
#SayaSihat
1.
Ambil foto yang berkonsepkan aktiviti
sukan dan kesihatan. (Produk Yeo’s yang turut berada di dalam gambar akan
diberikan markah tambahan). Kreativiti juga menyumbang kepada pemarkahan biasanya :)
2.
Muat naik foto ke laman Instagram
masing-masing. Jangan lupa hashtag #SayaSihat bersama #YeosMalaysia.
3.
Akaun Instagram anda hendaklah di set
kan dalam keadaan mod umum (public mode) untuk memudahkan proses pemilihan pemenang.
4.
Kait (Tagged) dua rakan senaman atau
diet anda untuk lengkapkan satu penyertaan.
Konsep dan Idea
#SayaSihat adalah :
1.
Produk yang berkualiti dan mengandungi
bahan-bahan semula jadi yang segar dan juga produk yang mudah diambil ketika
melakukan aktiviti harian ataupun untuk alas perut.
2.
Menunjukkan aktiviti seharian rakyat
Malaysia yang sihat di bawah satu hashtag,
iaitu #SayaSihat yang bersesuaian dengan kempen yang akan diadakan.
3.
Untuk menyerlahkan dan menampilkan lagi
produk Yeo’s di laman sosial ketika kempen #SayaSihat ini berlansung.
4.
Berinteraksi dengan pengguna laman
sosial yang disasarkan lebih kepada golongan anak muda dan penduduk bandar.
Hadiah mingguan yang bakal dimenangi oleh 10 pemenang
mingguan ialah baucar tunai yang bernilai RM100 Sports Direct berserta produk Yeo’s. Manakala, bagi pemenang
keseluruhan, pemenang tempat pertama bakal memenangi baucar tunai Sports Direct berjumlah RM1000 berserta
produk Yeo’s, hadiah bagi tempat kedua pula baucar tunai berjumlah RM800 Sports Direct berserta produk Yeo’s dan
bagi tempat ketiga pula bakal memenangi baucar tunai Sports Direct berjumlah RM 300 berserta produk Yeo’s. Menarik tu! Apa lagi, selain dapat mengeluarkan peluh, korang dapat hadiah lagi.
#brocuba :P |
Untuk mengetahui cara penyertaan yang selanjutnya ,
layarilah laman sesawang Yeo’s di www.yeos.com.my atau berhubung pegawai
perkhidmatan pelanggan di 1300-80-2828.
p/s : Follow account IG Abg D @cheramiche untuk tips-tips macam mana nak menang! Yeah!
No comments :
Post a Comment