Baru-baru
ini Astro On The Go (AOTG) telah membuat satu kempen promosi ‘Jelajah Kampus’
bermula dari 28 Mei hingga 12 Jun 2014 dimana 10 buah kampus Universiti/Kolej
sekitar Lembah Klang telah dipilih untuk team AOTG mempromosikan perkhidmatan
ni. Antara Universiti/Kolej yang terlibat adalah :
Tunku Abdul Rahman University College pada
28 May 2014,
Taylor’s University, Lakeside Campus pada 2 Jun
2014,
KDU pada 3 Jun 2014,
INTI International University pada 4 Jun 2014,
Uniten pada 5 Jun 2014,
KBU pada 6 Jun 2014,
SEGi University Kota Damansara pada 9 Jun 2014,
Multimedia University (Cyberjaya) pada 10 Jun 2014,
HELP
University pada 11 Jun 2014,
Sunway University pada 12 Jun 2014
Promosi
berlangsung dari jam 10 pagi hingga jam 4 petang di lokasi yang berkenaan.
Sambutan terhadap promosi ini amat menggalakkan, dinilai dari sambutan para
pelajar Universiti/Kolej berkenaan yang turut sama mendaftar dan memeriahkan
promosi berkenaan dan penyertaan mereka dalam acara seperti ball-juggling,
lucky draw dan mini games yang lain. Lokasi yang strategik dan hadiah-hadiah
yang ditawarkan menarik minat lebih ramai pelajar untuk mengetahui promosi yang
berlangsung. Kepetahan DJ yang bertugas juga turut menyumbang kepada kemeriahan
promosi berkenaan.
Overall
matlamat untuk mempromosikan perkhidmatan ini berjaya menarik penyertaan warga
Universiti/Kolej (terutama di kampus UNITEN Bangi dan MMU Cyberjaya yang sempat saya
turut serta) kerana mereka sudah pastinya tech-savvy malah ada antara mereka
sudah menggunakan AOTG sebelum ini, dan sewaktu pendaftaran turut menggalakkan
rakan-rakan mereka sendiri untuk mendaftar.
Crowd
pula memang sporting, walaupun waktu tu diaorg tgh lunch break/antara kuliah.
Saya berpeluang buat beberapa Instavideo, dan dengan spontan diaorg bersetuju
dan hasilnya korang bolehlah nilai sendiri :
Sebelum
buat insta video tu saya kena terangkan jugaklah kenapa nak buat instavideo tu.
Saya terangkan serba sedikit pasal AOTG dan yang membanggakan, once saya abis
buat Instavideo tu, diaorg terus register utk akaun AOTG. (kembang idong)..
hehe..
siap ada Arabic version sekali.. :P Tapi memang diaorg excited bila tahu once
dah register, diaorg akan dapat tengok 30 perlawanan World Cup 2014 secara
percuma! Memang bebudak lelaki lah yang ramai register pun, dari pelbagai
bangsa dan warganegara!
Memang
bertepatan dengan demam bola Piala Dunia 2014 yang sedang berlangsung, AOTG ini
amatlah sesuai untuk digunakan bagi menonton pasukan kegemaran korang beraksi,
tak kira kat mana pun. Tapi untuk mendapatkan akses utk semua 64 perlawanan
yang bakal diadakan, korang kena beli la Football
Pass bernilai RM100. Tong-tong aa dengan kawan2.. kendian korang pasang kat
tab ke, or even PC/Lappy, lepak reramai. So ala-ala mcm lepak kedai mamak gak
laa.. bilik korang sepah2 lepas game tanggung sendiri ok?
So,
agak berbaloi kalu korang hanya perlu bayar serendah RM6 bagi satu perlawanan
langsung, tanpa apa-apa komitmen. Maklumlah game World Cup ni kan 4 tahun
sekali, rugi pulak kalu korang tak dapat tengok LIVE team yg korang minat
beraksi, ye tak?
Saya sendiri tengah kira budget samada utk beli Football pass terus atau beli
game tertentu jer. Maklumlah masa kat rumah tu mmg terhad, jadi kalu tak dpt
tengok live dpt la saya follow update or baca info-info berkaitan melalui Astro Go 2014 FIFA World Cup App.
Sape2
jer boleh register untuk AOTG ni, bukan untuk Pelajar kolej/Universiti
berkenaan jer. Cuma kalu pelanggan ASTRO, korang boleh register dan dapatkan
kandungan mengikut pakej langganan ASTRO itu sendiri.
Ok jom kita sembang ala-ala FAQ, tp kat sini saya la yang menjawabnya.
Camne?
Q : Kelebihan ada AOTG ni?
A: Dia
boleh dibawa ke mana-mana korang pegi kat dalam
Malaysia ni.. Ada sambungan internet, On! So tak kira lah korang pegi
bercuti ke Langkawi ke.. Penang ker.. korang masih boleh enjoy korang punya favourite drama series bila sempat.
Sekarang kat tepi highway PLUS pun ada Wifi. so
penat2 drive jejauh tu korang boleh lepak jap, layan AOTG seround dua sebelum
teruskan perjalanan. Konsep On-The-Go lah katakan.. Ini
memang aku sendiri praktikkan sbb kampong ada dua.. satu Penang (kampung singgah), satu Perak. So
kalu drive dari KL mmg lah berhenti 3-4 kali untuk rehat..
Setakat ni ada 30 channel (yang akan ditambah dari masa ke semasa) disediakan
dalam AOTG.
Saya
ni lebih pada news, so nak sentiasa update pasal apa yang berlaku kat
sekeliling kita. My fav Channel mestilah ASTRO Awani. Banyak pilihan channel
lain macam channel masakan, MTV, movie dan cartoon (best gak anime-anime dalam
AOTG ni).
Q: Kan lagi best tengok bola
kat kedai mamak?
A : mmg
la best, Cuma kadang2 show nyer kul 2-3 pagi, korang rajin nk g kedai mamak
pepagi buta? jimat minyak, jimat tenaga. Jimat masa… Haa.. takde la esoknya nak
bangun gi keje/gi kuliah satu hal.
Q : Ada komitmen? Kena install
ape2 tak? Kena bayar? Leceh tak?
A: Tanpa
Installasi yang rumit, tanpa komitmen. Utk rancangan basic mmg free. Cuma kalu
korang nak PPV ke, tgk movie ke, kena bayar lah. Tapi kadar nyer sangat
berpatutan.
Kena
install pun app AOTG jer. Free App.
Untuk yang bukan pelanggan
ASTRO, korang boleh
pilih dari 3 pack berlainan (serendah RM5/day per pack atau nak lagi jimat
bayar RM30/month per pack. atau korang boleh lah pilih channel korang nak
tengok dengan pilihan RM5, RM10 atau RM15/sebulan (Kira ala-carte menu lah ni.).
Untuk movie, siri TV dan Siaran langsung, korang boleh dapatkannya dengan harga
serendah RM3 untuk satu title.
Q : Camna cara nak dapatkan
AOTG ni?
A : Mudah
jer, korang boleh akses pautan url ni : https://onthego.astro.com.my atau korang download apps AOTG ni kat
Google Play atau Apple App Store, then register utk akaun korang, verify email
then.. start layan hiburan tanpa wayar
kat mana2 je korang berada di Malaysia ni.
Q : Boleh ke guna 1 ID utk
gajet berlainan, dalam satu masa?
A : Tak
boleh.. Hanya satu gadget/login untuk
satu-satu masa. Tp login ID yang sama boleh lah digunakan untuk gadget2 lain,
sebaik log-out dari gadget yg awal tadi..
Q: Pengalaman peribadi
menggunakan AOTG?
A: Owh,
mmg dah makin improve dah app AOTG ni.. selain loadingnya lebih laju,
kandungannya lebih menarik dan grafiknye lebih baik. Ianya dah jadi macam
keperluan pulak especially kalu saya pergi bercuti. Baru-baru ni kitaorg ke
Penang, so ada sekali tu.. sambil2 menunggu turn isteri nak ambil makanan kat
Nasi Kandar Line Clear (boleh tahan gak panjang queue nyer), kitaorg layan dulu
la AOTG kat meja kitaorg. Memang la menarik perhatian pengunjung yang lain sbb
boleh layan channel ASTRO kat kedai nasi kandar :P (kebetulan takde TV kat kedai
nasi kandar itu). Sempat lagi nak berWefie bagai.. hehe.. Wajib okeh skrg bawak Monopod tu kemana2..
|
Layan Baq Hang! |
Dah penat seharian meronda kat Penang, bergerak lah balik kitaorg balik ke
hotel. Kat bilik hotel pulak, channel percuma yang ada kat TV memang lah tak
mengujakan (mmg biasanya camtu). So anak2 mmg dok menghadap AOTG kat Tab diaorg.
So ayah dia terpaksa lah layan cite kartun anak-anak :P Practical juga esp kalu
menunggu wife gi shopping dan sebagainyer.. hehe.. Lagi cerita pasal AOTG ni? kat sini <
Ini pula gambar2 dari pengembaraan kami dengan AOTG. (sekitar setahun lepas)
So korang ade ape2 nak tanya ke? Masih mushkil tentang perkhidmatan ni? Takpe..
korang boleh call CS diaorg kat bawah ni, atau melalui link dan laman sosial
yang berkaitan.
Telefon diaorg kat talian bebas tol : 1 300 82 3838
Utk makluman, Operator bertugas dari jam 8 pagi
hingga 12 tengah malam.
Jap.. jap.. ada lagi..
untuk pelanggan MAXIS, korang ada pilihan untuk dapatkan kandungan ASTRO Select
VOD! dan dengan langganan MAXIS Surfmore75, korang boleh layan AOTG dengan 2G
data tambahan (dari 5G data sedia ada) dengan percuma! Maklumat lanjut disini www.astro.com.my/astroselect dan www.maxis.com.my