|
Warna x kisah.. bg je lah saya warna apa-apa pun.. Eh? (photo kredit DenaiHati) |
Pucuk dicita ulam yang tiba! (padahal mmg
aku x makan ulam langsung!) sebab.. blog DenaiHati dan 22 para penaja (blogger juga) yang baik hati telah sudi untuk sponsor 3 unit Iphone 5s utk dimenangi oleh blogger yang bertuah! *ok sila gigil2 excited*. Nak tahu macam mana? ok layari blog Denai Hati untuk maklumat lanjut.
*Layak untuk ke pusingan ke-2 Cabaran ini! Yeah!
Oh pendek cerita, memang inilah gadget yang
menjadi idamanku. Kira masuk dah dlm wish list.. tp tak dapat2 jadi kenyataan.. sejak Iphone 1 lagi.. haha..
Jujurnya, aku tak pernah guna telefon
pintar Iphone 5s nih, apatah lagi kawan bagi pinjam guna, sebab telefon best
confirm lah takde sape nak bagi pinjam *sob..sob* ni semua salah korang takmo
kasi pinjam. So aku pun sememangnya takde idea nak start. Dia same ke ngan
Ipad? Ipad ade la.. tp Ipad tu pun wife
aku belanda sorang. Tak baginya kalu nak guna bawak gi treasure hunt ke aper.. *sob*sob* so tak tahu lah nak goreng apa. Setakat copy paste info kat internet semua orang tahu ye tak?
So peluang ini aku gunakan utk ceritakan
pasal impian aku nak dapat gadget ni. Ataupun usaha aku lah senang nak cita ke
arah nak memenangi hati para juri yang pastinya gagah ensem cantik menawan
(kalu ada juri perempuan).. ehh.. ke arah memenangi peraduan ni...
Satu pagi yang hening, aku pun keluar lah
nak gi masuk event. Sebelum subuh okay. 5 pagi. GIGIH. (ok aku tipu sket. Terlewat
bangun. 6 setengah baru keluar rumah pas solat Subuh).
Aku minat larian. Dah lama dah berlari,
sejak zaman sekolah lagi.. lari dari rumah ke sekolah sebab terbangun lambat ..Tu
tak kira lagi melarikan diri dari pengawas itu favourite. Ok cukup #campakbelakang
zaman silam.
Pagi ni (17 Ogos) aku ada event Colour Run,
(yang katanya the most Happiest 5km Run) so aku print satu signage (sila rujuk gambar) dan bawak berlari sesambil
mengharapkan sokongan orang ramai supaya aku dapat support/semangat untuk
memenangi larian.. ehh.. x larat nak menang larian tu.. pertandingan ni mungkin
la.. Abis aku kadang2 harap gak orang
komen bagi semangat bila baca blog aku, tp setakat ni tak terbuka hati diaorg
lagi.. xpe.. terus mencuba.. Nothing is Impossible. < ah berlagak pulak nak speaking. Ok
sambung cerita.
Belum mula berlari jer aku dengar2 org 'cakap2 belakang' di belakang aku pasal signage tu. Which is a good sign. Siap ada yang tanya contest aper ni? so aku jadi PR tak rasmi terangkan la pasal contest tu dan jemput diaorg utk join.
|
tu bukan photoshop tau.. mmg aku letak sign tu kat baju. Senget sket. Tp yg pakai signage tak senget <Fakta |
Aku mmg penah dah buat signage mcam ni masuk larian2 lain. Tujuannya? tengok la. Kdang2 aku buat caption yg kelako2 sket. bagi diaorg happy sambil lari. Tapi cuba korang buat quote2 yg motivational sket. Korang mmg perlukannya especially kalu long distance punya running. Best bila org tak kenal akan tegur, cheer utk kita, bagi kata2 semangat kat kita yg tak berapa semangat dah time tu.. mmg superb. Ada satu event tu, aku rasa kurang lebih 20 orang tegur2 borak2 dan beri semangat. Aku time tu rasa cam nak pengsan! tp tak boleh sebab baru half way lariannya..
|
Larian Fun Run camni je blh Selfie yer. Larian lain jangan buat pasal..
(photo credit Sazmie Selamat) |
Hasilnya mmg aku berjaya syok sendiri yang orang semua sokong aku untuk menang!
Yeah!! Tu je matlamat aku. Sesambil tolong promote blog Denaihati.com kann..
betul.. Ikhlas! Riban2 orang datang lari time tu dan aku pun syok sendiri
diaorg baca apa aku tulis kat belakang tu.. haa.. so kalu trafik blog beliau
naik mendadak.. syukur.. :) Pastinya tak pernah dibuat orang lagi promote blog
sambil lelari gegelak satu KL dengan penuh ceria dan warna-warni (rujuk gambar).
Dan pastinya gambar utk masuk blog lain dari yg lain.. kan? Hehe.. Tapi memang
best sbb sepanjang jalan org akan perasan dan berbisik2 pasal peraduan ni..
haa.. serious beb!!
|
Kat Omputih pun aku promote gak (walau diaorg x layak join) |
|
Ok sape blogger yang korang kenal? |
|
|
|
Promote kat geng-geng blogger yang lain |
So kenapa lah aku mengidam sangat gadget
ni? Sebab aku nak tahu kenapa org yang ada gadget ni, sure tak bagi kawan
pinjam? Eh betul! Tak caya ko tanya lah kawan2 korang yg ada gadget Iphone ni,
buat2 lah telefon ko rosak ke, tertinggal ke.. sure diaorg mcm.. “mm.. kredit
abis lah bro (yer ker?) Mm.. aku lupa lah password telefon ni apa, aku angkat
call jer (okayyy). Dan satunya kalu ko
dah biasa guna telefon jenama S.. hampeh kodok mmg tak reti lah nak guna
telefon ni.. huhu..
So aku nak cuba sendiri pengalaman guna
gadget ni (harap2 aku tak jadi macam korang!). bukan semua.. ada lah
orang-orang tu.. (tak mengutuk sbb tak mention nama) hehe..
aku beranggapan telefon ni memang lah lain dari yg lain sebab dah le takde
memory slot, mahal lebih dari orang, nak download app kena masuk AppStore dan
tak semua free. Cuba korang cerita sket kenapa korang suka sangat gadget nih?
(so aku dpt point extra utk cerita dlm tugasan lain) :)
Ikut hati aku mmg telefon Android mudah
belaka. Tp aku tak puas hati selagi aku tak godek sendiri gadget ni dan puaskan
hati aku ni! Haa.. apa pendapat korang?
Adakah dari segi kepantasannyakah?
Atau dari segi isi perutnya kah?
atau sekadar mengikut trend terkinikah?