Thursday, April 28, 2016

In and around (March 2016) Final part.

Ok the last part for March.

Few more events before i wrap up the story for March. Bz month it was!
 
KFC Bloggers Party @ Pavilion KL
Selected few to attend the event held @ KFC Pavilion KL, along with bloggers and media reps for the lauching of Super Jimat Box combo! 

Memang kenyang dan menarik sebab acara-acara sampingan pun ada disamping acara utama : Makan2 set Super Jimat Box. Abam x menang apa2, saje2 tumpang seronok tengok kawan2 menang. Chewah. Tapi memang sporting lah Nelydia. 





Nivea Men Triple Shield Challenge @ Sunway Pyramid 

Event yang tak bajet nak join, tetiba menang. 

Well actually kitaorg nak join. Team of 3. Abam, Morjhan n Husin. Last minit wife ada program kat sekolah Sabtu tu.. so terpaksa lah cancel sbb takut event start awal pagi.. sekali event start tengah hari! haa.. terpaksa lah buat team lain.

Dalam kelam kabut cari team tu, dapat lah tarik Tam untuk join. Cabaran dia?
Lawan liga antara 52 team yang ada, untuk rebut 3 tempat ke final, dengan team yang menang dapat RM10k. Game ala-ala dodgeball, tapi guna bola kecik.

Takde lah target dapat qualify pun. Sebabnya mula2 rasa macam takde chance. Tetiba dapat mara ke semi final Ahadnya..

Ahad tu.. datang juga tanpa apa2 expectation. Yelah, lawan geng2 muda2 remaja semua ni. Almaklumlah.. pakcik2 ni gaya je lebih, stamina out. Memang harap kat Morjhan dan Tam yang agak cemerlang menyingkirkan ahli2 lawan satu persatu. Abam? cukupkan korum jer.. haha..

Apa pun alhamdulilah dapat jadi top 3 teams dan mara ke final. Dapat 2nd runner Up. Jadilah, bersyukur jugak tu. tak sangka. :) bertambah berseri2 lah pakai produk Nivea yang melambak tu.. huhu..




Ok sedia untuk update utk bulan April pulak :) 

In and around (March 2016) Part 2

Datang minggu seterusnya, abam terpilih untuk top 6 teams yang dapat join GSC Alliegiant Squad Challenge. Cabaran diadakan di Camp5, 1U dan terbahagi kepada 4 cabaran indoor. Dlm tu je lah.
Dah nama Camp5.. wajib cabaran wall climbing. Kena 2 task wall nih. (setiap satu kena buat 3 routes)

1. Timed - Blindfolded -- gitew.. memang susah dan semput sbb abam dah lama x buat, tangan tak kuat. Tp pesan kat diri sendiri dan team mate, jangan gopoh dan jangan slip.  Ok. berjaya lepas part ni.

2. Untimed - Wall yang terbahagi kepada 3 route. Setiap satu dengan tahap kesukaran masing2. Yang ni abam agak kagum dengan diri sendiri dan team mate, Morjhan, sbb dah le kitaorg dua2 bukannye kaki, tapi berjaya tamat dengan full marks! bukan riak nokk.. tapi nak kata kadang2 rasa diri tak mampu, terus takmo cuba. Tapi memang sengsara lah nak menghabiskannya. Kata untimed. Pelan2 lah tarik diri yang berat ni sampai lah ke atas.
Ok berjaya. ke cabaran seterusnya.

3. Makan! wahh.. ala2 food hunt lak. Ironicnya, rakan dlm team dulu masa event lain, Rashid, ada kat depan ujung meja tu. dan start je makan seolah2 kitaorg lawan makan duaorg sapa abis awal.
Pedas. Panas, berasap! Tetiba abam abis dulu sbb pengalaman food hunt memang berguna. Jangan lupa air tu letak dekat2 muka. Multitasking katanya..

4. Ini Morjhan kena buat. Lari naik platform dan terjun ke bawah. Platform agak tinggi, tapi Morjhan memang berjaya control agar nampak tetap maintain masa turun.. huhu..

Penentuannya, team kitaorg no. 2! Alhamdulillah. Tak sangka lak dpt kalahkan team wall climber yg satu lagi tu.. 







Oh hari ni tak berakhir lagi. sambung lak event di bawah ni sampai petang. 

Spartan Race @ Klang.
Event dapat free entry dari Media Prima, race kit dari FitAid Malaysia. Baju dia (FitAid) memang super comfy, esp pakai time panas terik. Memang terbako time tu!


13km dengan 30 halangan memang giler kentang. Ditemani Morjhan dan Husin, kitaorg sesama lah lelari, jenjalan, duduk, jenjalan, minum, jenjalan, minum, lelari sket, buat halangan, lelari sket, .. eh memang ntah la.. ikut sedap sebab halangan dia pun agak mencabar. 




Cuma korang kena jujur lah. sbb Marshal tahap waktu2 mcm ni dia pun takde dah. Water station pun ada dah xde org jaga. Pandai2 lah. So bukan je seronok2 je okeh. Setiap sukan ada risiko. Aku tengok ada terlebih excited sampai terpeleot kaki diaorg terjun dari wall 8 kaki.. adoi.. kehsian wey. So keep calm and layan pelan2. 3 jam 25 abis gak buat benda ni.



Ok yer. Balik rumah mmg hazab. Sengal2 satu badan seminggu. Sekian.

Ehh.. Tak abis lagi. ok lah sambung entry lain. To be continued...

In and around (March 2016) - Part 1

Found out masih ada lagi yang follow blog ni. Terima kasih masih sudi membaca.

Ok lah sebab tau masih lagi yang sudi singgah, abam nak update lah event2 yang berlaku sejak dua menjak ni.
Seriously, b2b2b.. haa amik ko.. Back to back, sambung lagi back to back minggu selepasnya.. sambung lagi minggu ni!

Amboi.. kalah retis. Alhamdulillah rezeki kita tak jangka kan.. so try lah mana yang boleh.

Event2 ni ada yg kuar TV, ada yg takde sape tahu pun. So bila abam share, atleast korang dapat share betapa bestnya pengalaman seumpama ni, dah mungkin satu hari korang pun rasa nak try gak.. haa..

Ada yang berjaya, ada yang tak. Adat pertandingan. Tapi mestilah suka bila jadi top 3 :)

Energizer Shop in the Dark Finale :

Yup, abam lah salah seorang dari 6 peserta finale. Alhamdulillah, walau x dapat cecah target sopping RM2.5k dalam masa 10 minit, kitaorg cecah jugak lah RM2k. Hadiah bahagi dua dengan kawan abam yang gigih membantu itew. Time kasih Dyat. Sebenarnya kan.. haa.. ada hikmah share hadiah sebenarnya.. ianya membawa ke kisah seterusnya..


Thank you so much Energizer Malaysia for this once-in-a-lifetime awesome experience (sampai nak langgor bini orang sbb terlalu excited time sopping) haha..
 

Weekend tu abam meneruskan aktiviti lelari. UEM Charity Run sejauh berkilo-kilometer jauhnya. Pendek cerita memang penat. Tapi best sebab buat atas Highway. Highway tu di tutup khas untuk kitaorg lari.. haa.. terjadilah aksi2 macam ni.. (dah lama nak buat sebenarnya). Saja2 memang tak lah sbb tengah2 highway kot..






Bersambung..