Tuesday, February 17, 2015

Shopping @ KLIA2.. but you gotta HUNT first!

What : KLIA Shopping Hunt 2015
Where : Satellite Buidling KLIA2, Departure Hall KLIA
Who : Team Budget Good-Good (Me and Zahar)
When : 14 Feb 2015 (Saturday)

Selepas beberapa siri kekalahan yang agak mengecewakan, aku menghadirkan diri dengan jemputan dari Zahar, rakan baik yang kukenali sejak berbelas tahun lepas. Nape tak pernah mentioned dia sblm ni? Sbb baru2 ni jer pun dia terjebak dalam dunia comping ni. Dan seorang comper yang agak bagus. Cuma dia low profile orangnya. Baik dlm dunia comping atau di luar.
Special wristband for today (only)
Ok berbalik kepada cerita asal, kitaorg berjaya terpilih sebagai salah satu pasukan mewakili team SinarFM. 5 pasukan dari MyFM dan MixFM turut bertanding, so total 15 team. Hadiah ditawarkan mmg lumayan, 17k worth of shopping vouchers dan dua wakil dari MixFM sememangnya aku tahu akan rebut podium 1-2. Confirm! Geng Master hunters!

DJs from Astro Radio - Phat Fabes (Mix), Feeya (Sinar) and Emely (My)
Ape pun cabaran belum pun bermula. Keep Calm and gi breakfast dulu ape2 pun. Zahar tak pernah join hunt, so its totally on me. Seb baik jumpa geng - Amirul, masa lawan tetembak laser kat Awana dolu, so boleh aa tolong2 mana yang patut. Yang lain mmg muka fresh, tak pernah tengok kat mana2 hunt.

the most 'like' that i have got for a post so far :P
Team Sinar yg telah diphotobomb oleh Fabes
Event bermula dalam 11.30 pagi dalam bangunan satellite KLIA2, so memusnahkan angan2 aku utk shopping (kalu menang) dalam terminal KLIA2 tu. Dalam ni (bangunan satellite) tak sebanyak kedai kat luar. Dan barang2 yg aku nak xde dlm ni sangat.. angan2 macam akan menang.. haha..  total hunt time from flag off : 3 hours.

Ok task sblm hunt bermula : taste bud challenge. Diaorg bagi satu paket kecik campuran pelbagai rempah ratus. Teka apa benda dlm paket tu. 

So kitaorg rasa ada kari ikan dan daging, kunyit, serbuk lada hitam dan ape ntah satu lagi. salah 2.

soklan mmg tak senang mana, dan ada yg tak lah visible sangat. COC pun bukan lah calang2 orang, dan team Master yg masuk pun kate soklan susah.. Soklan ni susah? so pada aku mmg lagi fail la.. haha..

Kitaorg kena settlekan 20 soklan dalam ni. Once dah habis, move on ke 2nd stage @ KLIA Level 5 (departure hall). Syarat nyer mmg kena naik ERL ke situ.

 

Once dah sampai, kena habiskan jawab dalam 10 soklan lagi. Kat sini takde lah serabut pala sangat nak pikir jawapannya. Agak direct. 2-3 soklan je susah. Agak2 rasa dah confident kitaorg balik semula ke KLIA2 dan submit kertas soklan+jawapan.

Para peserta dijamu dengan makan tengah hari dari Old Town White Coffee. 


3.30 ptg sesi share jawapan. ada gak jawapan yg betul, ada gak 1/2 betul. tapi memang dah sedia dah nak beli coklat rege rm200 jer sebenarnya (sbb saguhati bagi 13 lagi kumpulan yg tak berjaya dpt la RM200 voucher satu team)..

Bila dia kata : Pemenang akan diumumkan oleh DJ dari Station radio yang berkenaan.. haa.. dah suspen dah.. tetiba DJ Feeya keluar... mentioned nama Zahar.. wah!! 2nd runner up kitaorg ghupernya.. Alhamdulillah.. rezeki anak2 ngan mak nyer yg dah kirim wallet baru dan perfume walaupun somi dia tak pasti menang ke tak.. huhu.. Part yg best dapat medal! dan macam biasa lah, mock card tu mmg aku simpan bawak balik. Macam aku ni, adalah pernah menang da.. mcm Zahar dia punya first podium! Siap tanya bila akan keluar paper ni? hehe.. 


Congrats All!!
 
Once majlis dah abis, dlm 4.30ptg kitaorg dibawa masuk semula ke bangunan satellite KLIA2 utk shopping dlm tu. Takde kedai sport aa dlm tu.. dan xde kedai sony (nak beli MP3 utk diri sendiri).. so beli lah cokelat utk anak2 dan barang yg wifey kirim, sementara tunggu Zahar shopping. Ralat gak x sempat nak belanja makan team Amirul yg terpaksa balik awal. xpelah next time. 

Sesi sopping abis dlm 7.00 mlm. Sorry JD! Penat dia tunggu kitaorg. Tp sbb kedai Chicken Rice Shop dlm bangunan tu mmg takleh tapau rupenyer.. salah aku sbb tak tanya dulu.. :(

All in all mmg best sbb sape nak saje2 belanja sopping free kan? So lengkaplah pengalaman bersopping spree dlm bangunan satellite KLIA2 dan KLIA tahun sebelumnya..

Sape kate lelaki tak suka shopping. Aku suka okeh. tp kalu org belanja.. haha..